2 ekor hantu!
Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian…aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apasal kau tak gi buat operation? Kalau tak, dah tentu kau tengah lepak-lepak dengan keluarga kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..aku syak isteri aku main kayu tiga dengan aku. Jadi satu hari tu, aku ingat nak perangkap lah isteri aku..Aku pura-pura pergi keje tapi sebenarnya aku parking kereta aku kat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah kereta kat carpark umah aku. Aku rileks dulu sebab nak cari masa sesuai nak tangkap diorang.”
“Jadi, ko dapat la tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku hairan, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki2 kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. Jadi aku pun lari2 sekeliling umah aku nak cari jantan tuh. Habis semua bilik aku cari tapi takde pun.Akhir sekali, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab Heart Attack. Dan aku tak sangka aku mati pulak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika Hantu B berkata, “Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?”
No comments:
Post a Comment