p/s : Kisah sahabat baik aku tentang penghijrahannya..mungkin ini boleh menjadi pedoman dan pengajaran kepada kita semua..termasuk aku..
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah dengan berkat kurniaNya, tangan ini masih mampu menekan petak-petak huruf di keyboard laptop ni. Alhamdulillah juga ramai yang menyokong sepanjang penghijrahan aku untuk menjadi seorang yang lebih baik dan insyallah semakin baik pada masa-masa yang akan datang.
Sejak penghijrahan aku, alhamdulillah ramai sahabat-sahabat dan saudara sesama islam yang menyokong akan penghijrahan yang berlaku atas diri aku. Namun ada juga rakan yang meluahkan rasa rindu kepada diri aku yng amat jahil pada masa dulu. Subhanallah. Semoga suatu hari nanti beliau akan turut merasai kenikmatan yang aku kecapi sekarang. Amin. Di awal penghijrahan aku, ramai yang terkejut, pelik, bangga, tak sangka dgn perubahan aku yang begitu drastik dan tiba-tiba. Aku akui, memang perkara ini berlaku secara tiba-tiba daripada gambar-gambar dengan pakaian yang menjolok mata status2 yang hanya mengejar keduniaan semata kepada aku sekarang tapi tiada yang mustahil kat situ kan? =)
Sejak penghijrahan aku ni, ramai rakan2 terdekat tertanya2 bagaimana aku boleh terdetik hati untuk berhijrah. Dan aku yakin ada juga yang tertanya2 kenapa aku blh jadi seperti aku yang skg. Kisahnya terlalu panjang untuk diceritakan seperti yang telah aku cakapkan pada seorang rakan, walaupun aku ckp dalam kelajuan 120 kilometer sejam, ia masih memerlukan masa berjam2 untuk habiskan kisah aku. hehe. ok kat sini aku akan ceritakan secara ringkas dengan bahasa yang mudah agar semua orang pun boleh paham kisah penghijrahan aku. Dan aku harap, ada yang mula berfikir dan terdetik hati setelah mengetahui kisah aku ini. Amin.
Bismillahirahman Nirahim. sebenarnya banyak dah petanda yang aku terima tapi aku tak pernah sedar dan kalau insaf pun sehari dan esok dah lupa and kembali buat benda yang sama. ini bukan untuk membuka pekung di dada tapi hanya sebagai pengajaran buat insan2 yang sudi nak baca notes ni. secara jujurnya aku sorang yang jahil pada satu ketika di mana hanya pandang remeh dgn kenikmatan islam dan hanya mementingkan kenikmatan dunia. berpakaian yang terdedah2 supaya dapat menarik minat org dan peroleh banyak pujian kerana mengikut peredaran masa dan gaya hidup barat dan pada masa tuh terasa gah dan bangga dgn diri. kehidupan hari-hari yang tak lekang dari melakukan maksiat dan percakapan dan bahasa yang tiada batas. melakukan perkara yang terang-terangkan di larang oleh Allah SWT. lama meninggalkan suruhanNya. mengejar keseronokkan yang sementara, berpeleseran di club kononnya nak hilangkan stress namun alhamdulillah aku masih kuat menahan diri aku dari minum air setan. Alhamdulillah aku xpernah minum arak walaupun aku pergi ke tempat-tempat yg sebegitu.
Ada satu hari bila ada sebarang masalah, pernah aku berfikir secara pendek sehingga pernah satu tahap aku rasa mcm nak bunuh diri supaya hilang segala masalah. Subhanallah. sampai begitu cetek pemikiran aku. Menderhaka kepada kedua mak ayah aku, meninggikan suara, mengecewakan mereka, menipu, lari dari rumah dan ego walaupun mereka merendahkan ego mereka dgn merayu dan memujuk aku. terus menerus menyalahkan mereka dengan apa yang berlaku dan byk lagi. kalau smua aku nak tuliskan dalam ni mmg makan masa berbulan2 untuk aku habiskan sbb terlalu byk perkara yang melalaikan aku dari menjadi seorang umat islam yang sejati. Boleh di katakan, dulu, aku hanya Islam pada nama, dan hanya terasa Islam bila menyambut hari-hari perayaan Islam saja.
Apabila aku kenang balik kehidupan aku dulu, baru aku sedar ada Allah selitkan beberapa isyarat supaya aku ingat kepadaNya namun sesetengahnya aku hanya pandang remeh dan insaf sekejap je. Allah masih ingin memberi peluang pada hambaNya ini untuk berubah dan menuju ke saf yang betul. kat bwh ni aku ceritakan antara faktor2 utamanya.
FAKTOR PERTAMA:
Antaranya adalah pada bulan Ramadhan baru-baru ni, hari terakhir puasa aku dgn bbrp org kwn aku hampir bertemu maut apabila kami hampir kemalangan. pada masa tu aku sneakout pd jam 3 pagi then pergi pusing2 nak drive thru kfc di teluk Cempedak kuantan. pagi tu byk kereta drive thru kfc n service dia sedikit lambat hingga jam dam dah pukul 4.45 mnt pagi and aku kene sampai rumah pukul 5 sbb ayah aku bgn sahur pada masa tu and aku kena ada kat rumah utk sediakan sahur untuk dia dan takut kantoi aku keluar malam tu. setelah selesai beli, aku kene balik cepat2, so kereta yang tengah laju tiba2 hilang kawalan dan berpusing 360 darjah dan 1 inci hampir terjatuh gaung dalam 250 darjah dan 1 inci hampir terlanggar sebuah kerata, 180 darjah dan 1 inci hampir terlanggar tiang lampu dan 90 darjah dan tiba2 kami tersadai kat sebuah lorong kecik yang mana kiri kanannya ada longkang besar. Jika terlebih 1 inci itu, besar kemungkinan maut, kalau x pun pasti akan koma seumur hidup. so, first day raya mmg confirm masuk paper punyer. Alhamdulillah kami selamat. Betapa Allah nak tunjuk petanda itu dan masih bagi kami peluang untuk bertaubat kepadanya. Tapi lepas darp kejadian tu, insaf aku hanya sementara. Yang tinggal hanya trauma aku bila orang bawak kereta laju2. mendekatkan diri pada Allah, haramm aku xbuat.
FAKTOR KEDUA:
Sama macam orang lain, aku juga pernah di datangkan mimpi. rasanya ramai yang pernah dapat mimpi yang sama. Dunia hancur dan tsunami besar melanda yang melibatkan aku skali. walaupun mimpi hanya mainan tidur bagi sesetengah orang namun skg baru aku sedar rupanya Allah mendatangkan mimpi tersebut untuk mengingatkan aku tentang kebesaranNya. Subhanallah. Allahuakbar. Namun lepas dari dapat mimpi tu, aku hanya meninggalkan bbrapa perkara saja. insaf hanya separuh.
FAKTOR KETIGA:
ada satu ketika aku lepak dengan kawan2. tiba2 dtg seorang rakan kepada rakan aku lepak skali dan dia mula bercerita tentang kajiannya tentang al-quran. Dia baca semua terjemahan surah-surah di dalam al-quran dan ceritakan pada kitorang. Aku just diam and dengar. tak mampu nak menambah apa-apa cuma mengenangkan diri yang jahil. keinsafan bertambah lagi separuh tapi bukan sepenuhnya sbb lepas sehari aku terus lupa.
Setelah dari tu, bila ada majlis2 atau tempat yang memerlukan aku untuk pakai tudung aku akan cuba untuk pakai seharian utk selesakan diri aku bertudung. Sebelum ni, kalau aku dengar ada org buka cerita tentang akhir zaman aku slalu akan suruh diorang berhenti bercerita sbb takut. time tuh tahu takut tapi xde inisiatif nak berubah pun. Sehinggalah satu hari aku terbuka hati untuk mendengar sepenuhnya bila ada yang buka serita tentang pengahkiran dunia. terasa malu dengan diri sendiri bila aku sebagai Islam tak mampu nak menyelit apa-apa sebab aku tiada ilmu langsung tentang kebenaran islam. aku hanya boleh dengar je. terasa sedih dengan diri sendiri sehingga tiba2 aku terpkir. 'aku ni tahu ke mcm mana nak solat?' dulu belajar time sekolah sbb nak pass exam je. tp tak pernah aku amalkan. selepas dari tu mcm2 cerita aku dengar. Subhanallah, dunia mmg dah berada di penghujungnya. Allah dah menunjukkan byk tanda2 kiamat. Kemudian aku ada baca satu notes "kebaikkan wanita bertudung" di mana Fatimah Al-Zahra melihat 2 org wanita yang tergantung secara terbalik dn kepalanya di didihkan dan seorang lagi di tuangkan timah yang dicairkan kedalam tengkoraknya. Fatimah Al-Zahra tanya kenapa mereka diperlakukan sebegitu rupa. kemudiannya di jawab, ini wanita2 yang tak menjaga auratnya di dalam kehidupannya. sehelai rambut mawakili satu dosa jika seorang yang bukan muhrim melihatnya. bayangkan berapa puluh ribu helai rambut yg kita ada and berapa ramai org yang bkn muhrim yang kita jumpa dalam sehari,seminggu,setahun dan seabad? Pada masa ini, hati aku dah mula terdetik utk berhijab tambahan pula bila ada yang mengatakan ttg keburukan gambar di social network. "walau masa kita tidur pun dosa kita di kira apabila ada yang buka page kita and tngok gambar2 kita yang menampakkan aurat". kemudian aku menonton kisah2 penghijrahan saudara-saudara yg lain kat youtube. contoh ini kisahku wardina safiyyah,sham kamikaze,cat ross dan byk lagi. Kemudian aku berfikir lagi, kenapa nak tunggu aku kahwin dulu baru nak pakai tudung (which is bukan kerana Allah) and kenapa nak tunggu seru sampai baru aku nak mula. kenapa bukan sekarang dan buat dengan ikhlas dan semata-mata demi Allah SWT.
LANGKAH PERTAMA YANG DIAMBIL:
26/11/2011. aku mula mendelete gambar2 jahilliah aku di social network. Amat makan masa utk delete sampai jammed2 laptop sbb bersepah gambar2 aku. lepas dari tu, aku terus masuk dalam bilik dan cari selendang atau shawl yang ada dalam simpanan aku di rumah sewa. Alhamdulillah aku jumpa sehelai. petang tu kwn aku ajak pergi sg buloh utk makan, dah dekat dgn rumah family aku, boleh aku singgah amik tudung dan telekung (which is mmg aku xpernah ada). selesai makan, aku singgah balik rumah ditemani oleh seorang rakan aku. Sampainya ke rumah, aku bersalam dgn nenek aku yg berusia 80an yang baru selesai bersolat. dia hampir tak kenal tengok aku yang dah bertudung di kepala. dia senyum dan terus menerus memuji. Alhamduillah. Then aku tanya "tok, ada telekung tak?" dia jawab "ada kat dalam almari bilik atas" aku pun ckp "ok xpe, biar olin cari". then sampai kat bilik atas, nenek aku muncul, sebelum ni dia akan refuse utk naik atas sbb tak larat tp malam tuh mcm ada kuasa pulak dtg pd dia naik tangga dgn laju and tak termengah-mengah mcm selalu utk tlg aku amik telekung tuh. "ini telekung tok beli kat Makkah,pakai ni, amik berkat". terharu aku pada msa tuh. then aku mintak beberapa helai tdung dari kaklong. dia pun ak percaya perubahan mendadak aku. "awak ni betul ke? jgn separuh jalan je". lpastu aku senyum and jawab, "betullah, kan olin pnh ckp olin nk pakai tdung. sekaranglah masanya".
Then lepas tuh aku turun bawah kembali ke bilik nenek aku utk minta diri balik ke shah alam, nenek aku memberikan sehelai hijab milik dia yang dia beli kat Makkah dulu. kemudian aku kembali ke shah alam. Kemudian aku mula bersolat. memperbetulkan balik ibadah aku yang dah lama aku tinggalkan. Alhamdulillah aku rasa lebih tenang sekarang, tak dapat dinafikan pelbagai dugaan yang aku dapat sepanjang penghijrahan aku. namun Allah dah kurniakan aku kekuatan untuk menahan segala dugaan yang dtg. Allah memberi dugaan untuk uji iman aku dan sudah menjadi kewajipan syaitan untuk menggoda hamba Allah yang ingin kembali ke jalan yang betul. Sebelum ni, naik berbuih2 tak terkira banyaknya mak dan ayah aku berpesan untuk menutup aurat dan bersolat and before this aku xpernah hiraukan namun sekarang Alhamdulillah aku sendiri yang mengambil keputusan untuk berubah tanpa paksaan darp sesiapa dan aku lakukan ini hanya untuk Allah SWt semata-mata. Amin.
haaa..begitulah kisah penghijrahan aku secara kasarnya. jika ada yang ingin tanya apa2 yang masih tak terjawab, boleh tanya aku in person. insyallah aku akan jawab. Terima kasih kepada yang menyokong penghijrahan aku ini dan aku harap kalian mendoakan yang terbaik. Amin Ya Rabbal Alamin.
#Quotes yg slalu aku ingat, yg diberi oleh rakan2 diawal penghijrahan dan sentiasa akan di jadikan pedoman.
*hidayah itu tidak datang bergolek, kita sebagai umat islam yang kene mencarinya*
*bila mati nanti, manusia akan terputus segala amalannya, yang tinggal hanyalah amalan ajarannya ketika hidup, sedekahnya, dan anak yang soleh/solehah*
*Dalam al-Quran ada tertulis 11 planet. Sekarang 10 planet dijumpai. Munculnya Planet yg ke11,dunia berada di penghujungnya*
*auratmu merupakan tiket ke neraka oleh lelaki yang buka muhrim mu.*
*Ya Allah.. janganlah engkau pesongkan hati kami/aku setelah engkau memberi hidayah*
*Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?Hidayah bukan untuk ditunggu tapi dicari.*
*"God, grant me the serenity to accept the things I cannot change, the courage to change the things I can, and the wisdom to know the difference.”.*
*Nabi ada berpesan,"sebarkanlah ajaran ku,walaupun hanya satu ayat"...*
*'Man jadda wajada" ; barang sesiapa yg berusaha,dia yg akan mndapat ganjarannya..dan juga, Allah xkan merubah nasib sesebuah kaum slagi mereka tidak mgubah nasib mereka..
Barakallah.
Allahuakbar, entah kenapa mai sebak bila baca entry ni..... kak olin sangat cantik and honestly mai suka tengok muka dia even mai tak pernah kenal dengan dia. Moga Allah sentiasa melindunginya dan membuka ruang keberkatan untuk kita semua. Amin. ikhlas dari mysara ramlan
ReplyDeletealhamdulillah. sama lah kita, kita pun dah bertudung sekarang. :) apa2 pun, i doakan yang terbaik untuk you. doakan yang terbaik juga untuk i yang masih lagi jahil ni.
ReplyDelete